Wednesday, January 4, 2012

Aksesori Pelamin ala Gegelung Rotan~

Salam...Selamat Tahun Baru 2012!! Maaf ye kepada semua yang tunggu post ni sebab saya sibuk sikit hujung tahun~ Apapun...ini yang saya janjikan..Sila cuba!~


Bahan-bahan yang diperlukan:
* Tali jenis cotton yarn no.6 atau 7
* Lidi pengacau (saya recycle bunga telur..hehe)
*bekas mengisi fabric thickener / gam
*gam / fabric thickener.. (saya da pusing satu shah alam carik fabric thickener..sebab tak jumpa saya buat sendiri. pakai gam yang dicampur sedikit air)
*spray lutsinar.




Mula-mula, pakai glove ye..tiupkan belon..(tapi sebelum tu rendam le tali dalam bekas gam ye) dan lilitkan tali dengan random.
Tips: letak dalam bekas berpenutup yang ditebuk lubang cukup-cukup untuk tali lalu mcm dalam gambar ni. So, gam tak sememeh la.. :)



Kemudian, keringkan dengan cara menggantungkan ia semalaman. Kalau cuaca lembab, kenalah lama sikit. Sila alas bawah belon itu sebab takut gam meleleh.


Eh.. belon dah tukar warna. :p Lepas sudah keringkan, kita letupkan belon..yeay! Tapi saya gunakan teknik keluarkan angin sikit-sikit. Sebab saya takut bila belon meletup..:p
Tips: kalau keluarkan angin sikit-sikit, mana-mana tali yang melekat kita boleh renggangkan sikit.



Tadaaaa.. keluarkan belon dengan berhati-hati~
Tips: Keringkan di bawah matahari sambil spray kan dengan cat lutsinar untuk keraskan tali.



Buat banyak-banyak tau..hehe..Selamat mencuba~ Kalau pandai wiring, cuba letak lampu~ Mesti comel.
Kelemahan: Hiasan ni tak boleh kena air ye. apatah lagi air hujan..:)