Wednesday, January 4, 2012

Aksesori Pelamin ala Gegelung Rotan~

Salam...Selamat Tahun Baru 2012!! Maaf ye kepada semua yang tunggu post ni sebab saya sibuk sikit hujung tahun~ Apapun...ini yang saya janjikan..Sila cuba!~


Bahan-bahan yang diperlukan:
* Tali jenis cotton yarn no.6 atau 7
* Lidi pengacau (saya recycle bunga telur..hehe)
*bekas mengisi fabric thickener / gam
*gam / fabric thickener.. (saya da pusing satu shah alam carik fabric thickener..sebab tak jumpa saya buat sendiri. pakai gam yang dicampur sedikit air)
*spray lutsinar.




Mula-mula, pakai glove ye..tiupkan belon..(tapi sebelum tu rendam le tali dalam bekas gam ye) dan lilitkan tali dengan random.
Tips: letak dalam bekas berpenutup yang ditebuk lubang cukup-cukup untuk tali lalu mcm dalam gambar ni. So, gam tak sememeh la.. :)



Kemudian, keringkan dengan cara menggantungkan ia semalaman. Kalau cuaca lembab, kenalah lama sikit. Sila alas bawah belon itu sebab takut gam meleleh.


Eh.. belon dah tukar warna. :p Lepas sudah keringkan, kita letupkan belon..yeay! Tapi saya gunakan teknik keluarkan angin sikit-sikit. Sebab saya takut bila belon meletup..:p
Tips: kalau keluarkan angin sikit-sikit, mana-mana tali yang melekat kita boleh renggangkan sikit.



Tadaaaa.. keluarkan belon dengan berhati-hati~
Tips: Keringkan di bawah matahari sambil spray kan dengan cat lutsinar untuk keraskan tali.



Buat banyak-banyak tau..hehe..Selamat mencuba~ Kalau pandai wiring, cuba letak lampu~ Mesti comel.
Kelemahan: Hiasan ni tak boleh kena air ye. apatah lagi air hujan..:)






10 comments:

  1. Menarik! :) Rasa nk try jer.

    Suka baca diy2 awak! All the best, k?

    Ada GA di blog saya kalu rajin nak join. hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru je dtg singgah blog awak..kreatifnye! cantik lukisan~

      Delete
  2. :) tq..saya sekarang tengah fikir next project. ada idea?

    ReplyDelete
  3. salam..haii...follow my blog..insyaAllah i will foloow urs

    http://penhijaupenpink.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. thanks.. cantek.. tp nak tya.. gam yg u pakai tu gam ape? gam polisterin ke?

    ReplyDelete
  5. Ye.. Gam putih tu. Xtaula kalo gam tu nama gam polisterin.. ;))

    ReplyDelete
  6. Ye.. Gam putih tu. Xtaula kalo gam tu nama gam polisterin.. ;))

    ReplyDelete
  7. kreatifnya.... mmg sgt cantik n jimat kan....

    ReplyDelete
  8. cantik. Boleh cuba ni. tapi kena cari bahan-bahannya dulu la

    ReplyDelete