Wednesday, January 15, 2014

DIY. BUAT SENDIRI!!

Assalamualaikum and greetings from Malaysia (bajet ade oversea viewers gitu.. :p)

Lama betul tak update. Sesedar ramai juga follower. hehe..sorry kerana kealpaan yang maksimum ni. Saya kadang-kadang tatau nak kongsi DIY tentang ape. Ape saje yang terlintas saya buat. Tapi normally yang saya DIY boleh jumpa kat mana-mana blog. Saya permudahkan sahaja teknik mereka.

Baru-baru ni saya DIY buat RUMAH MAINAN untuk anak saya. Guna PVC dan sedikit ilmu jahitan sukati taram. Saya buat dalam kelebaran 4' x 4'. Dan saya muat duduk dalam tu untuk main rumah-rumah dengan dia. :p

Saya attachkan gambarnya. Kalau ade sesiapa nak tutorial sila comment NAK di ruangan comments ye. Instruction dia agak panjang lebar dan untuk setiap step saya xcapture gambar. (saya seorang yang tak menyabar, potong-ukur-pasang) Jadi sekiranya ada yg super rajin yang nak buat tu ble la request DIY. In Sha Allah akan saya usahakan. Kalau nak bli dekat luar yang da siap is around rm40. Ada di Ikea dan kedai-kedai mainan. Tapi tataula anda boleh muat atau tak. :p



Thursday, April 12, 2012

Tutorial Hantaran dengan Budget Rendah

Salam...waaaaaahhhhh lama betul  tak update DIY. hmmm..saya ketandusan idea nak kongsi tentang ape. Tapi no worries, if ade DIY lagi saya akan kongsikan. CUMAAAAA, kadang-kadang tak terfikir nak buat ape. Bila saya nak start buat sesuatu, if saya rasa sesuai untuk dikongsikan, apa salahnya..anda ada apa2 idea?

Haritu ada Bride to Be nak buat sendiri hantaran tapi tak reti dan katenye budget rendah. Time tu saya cadangkan guna polistren yang dibalut sebagai tapak hantaran. Harganya pun xmahal. Macam-macam bentuk ade. Serius! Hehe.. Kalau pakai bunga segar, up sikitla harganya.. Kalau setakat pakai bunga palsu yang beli kat  Nilai 3 yang 4 jambak RM10 kan da berbaloi-baloiii..Tapi sekarang susah sikit nak dapat 4 jambak RM10. Sekarang 3 jambak RM10. Kalau bunga foam yang kiut tu sejambak RM10. Okey, da..jom buat!

Bahan-bahan yang perlu ada:
Kotak Polistren suka hati bentuk macammana. Saya pilih bentuk kotak dengan kelebaran 1.5".
Glue gun.
Pembalut polistren.
Bunga.
Reben.



Step 1: Balut kotak polistren dengan kertas pembalut (jenis lembut seakan kain) kesukaan anda. Saya pilih hitam putih. Yang penting Polkadot! hehe..


Step 2:  Balutkan tepi kotak polistren tadi dengan reben mengikut tema anda. Tak perlu reben extravaganza sangat. Reben satin biasa tu pun dah lawa.


Step 3: Saya lapiskan lagi reben hitam itu dengan reben silver glitter. Bagi ada unsur-unsur glam sikit.


Step 4: Tambahkan lagi manik-manik. hehe.. sebab rasa kosong sangat. Next gambar adalah kotak-kotak polistren yang lain. Design pun lain-lain.


Dah siap~ boleh la letakkan barang-barang hantaran diatasnya. Pinkan atau gamkan mengikutkan kesesuaian. Saya buat kotak-kotak ni supaya senang dibawa. Lagi-lagi kalau pergi ke majlis kahwin yang jauh.



Dah habis ke??? Belum belum...saya bagi extra tutorial untuk gubahan telekung. Senang dan murah je. 

Bahan-bahan yang diperlukan. 
-Beg kertas shopping yang keras tu.
-Getah
-Kain telekung/kain
-Bekas bulat putih (bekas tau fu fah..hehe)
-Reben satin

Step 1: Gunting kertas keras dari kotak shopping tu dalam bentuk kelopak bunga / tear drop shape. Ambil hujung telekung sbb saya nak coraknye.

Step 2: Ambil gelung getah dan ikat hujung kain.

Step 3: Buat sehingga 5 kelopak sekurang-kurangnya. Untuk tengah-tengah bunga saya gumpalkan kertas dan sumbat dibawah kain. Kemudian, saya balut bebola kain+kertas tu dengan lebihan kertas pembalut polistren tadi. Gabungkan semua menjadi sekuntum bunga. Repeat step sampai ade 3-4 kuntum bunga.

Step 4: Letakkan lebihan kain telekung ke dalam bekas bulat tau fu fah tu. Sebelum tu, gamkan bekas pada kotak polistren tadi ye.

*

*

*

*
*
*
Tadaaaaaaa... da siap.. bekas taufufah tu saya lindung guna kainnya. Kain tu saya pin je untuk dilekatkan ke kotak polistren tadi. Telekung pulak sudah jadi pokok bunga. Untuk lebih cantik, hiaskan dengan reben dicelah-celah kelopak bunga tu.  

Contoh gubahan yang lain. Letak beg, cucuk je bunga-bunga kiri kanan bagi stabil beg tu. Mesti korang tak perasan, di tengah-tengah bahagian zip tu ade saya letakkan reben dan saya penitikan hujung ke hujung reben supaya beg tangan tu tak jatuh dari kotak polistren.


Yang ni konsep paling senang. Lipat dan letak. Hias sikit-sikit kiri kanan ye..:)

Itu sahaja kawan-kawan~ Semoga tutorial ni memudahkan anda yang under budget dan nak nampak hantaran tu tak murah sangat. Yang penting kena ada sikit unsur-unsur glitters ye. Selamat mencuba..Sebarang soalan, sila tinggalkan komen dibawah..

Ehem..kalau rajin, klik la sini untuk tengak hasil mekap saya~  makeupbyasyikin.blogspot.com
Sehingga bertemu lagi~ Daaaaaaa...
Wassalam.

Wednesday, January 4, 2012

Aksesori Pelamin ala Gegelung Rotan~

Salam...Selamat Tahun Baru 2012!! Maaf ye kepada semua yang tunggu post ni sebab saya sibuk sikit hujung tahun~ Apapun...ini yang saya janjikan..Sila cuba!~


Bahan-bahan yang diperlukan:
* Tali jenis cotton yarn no.6 atau 7
* Lidi pengacau (saya recycle bunga telur..hehe)
*bekas mengisi fabric thickener / gam
*gam / fabric thickener.. (saya da pusing satu shah alam carik fabric thickener..sebab tak jumpa saya buat sendiri. pakai gam yang dicampur sedikit air)
*spray lutsinar.




Mula-mula, pakai glove ye..tiupkan belon..(tapi sebelum tu rendam le tali dalam bekas gam ye) dan lilitkan tali dengan random.
Tips: letak dalam bekas berpenutup yang ditebuk lubang cukup-cukup untuk tali lalu mcm dalam gambar ni. So, gam tak sememeh la.. :)



Kemudian, keringkan dengan cara menggantungkan ia semalaman. Kalau cuaca lembab, kenalah lama sikit. Sila alas bawah belon itu sebab takut gam meleleh.


Eh.. belon dah tukar warna. :p Lepas sudah keringkan, kita letupkan belon..yeay! Tapi saya gunakan teknik keluarkan angin sikit-sikit. Sebab saya takut bila belon meletup..:p
Tips: kalau keluarkan angin sikit-sikit, mana-mana tali yang melekat kita boleh renggangkan sikit.



Tadaaaa.. keluarkan belon dengan berhati-hati~
Tips: Keringkan di bawah matahari sambil spray kan dengan cat lutsinar untuk keraskan tali.



Buat banyak-banyak tau..hehe..Selamat mencuba~ Kalau pandai wiring, cuba letak lampu~ Mesti comel.
Kelemahan: Hiasan ni tak boleh kena air ye. apatah lagi air hujan..:)






Wednesday, November 23, 2011

paper flower yang comel!~

Salam semua~ hari ini nak tunjukkan cara-cara buat paper flower guna crepe paper. Crepe paper boleh dibeli dimana-mana kedai kraf, kedai menjual bunga-bungaan, kedai buku dan juga Popular!~


Bahan-bahan diperlukan:
Crepe paper
Pensil
Gunting
Acuan berbentuk bulat (saya guna bekas deodorant en.husband..hehe)
Dawai bunga


1. Mula-mula, bentukkan bulatan di atas crepe paper. Guntingkan mengikut bentuk bulat. xperlu bulat sangat ye..


2. Cucukkan dawai bunga. Tidak perlu dawai terlalu halus. (dalam gambar ni saya pakai lebihan batang bunga yang telah digunakan. Sebabnya tak jumpa dawai bunga dalam kotak DIY saya..:P)



3. Kemudian leraikan helaian kertas crepe satu demi satu.


4. Tadaaaaa dah siap.. Buat lagi sehingga jadi sejambak bunga yang cantik!~






Okey..teknik kedua. Beli dekat kedai DIY. Sudah siap dilipat dan senang. Macam saya, saya beli di DAISO. RM5 sahaja.


Tapi disebabkan bunga dia besar, saya potong dua dan lipat semula seperti lipatan kipas. Langkah-langkah membuatnya ada dibelakang packaging dia.



Sekarang tengok perbezaan saiz antara bunga Daiso dan bunga saya.

Apapun~ selamat mencuba!~

p/s: kalau agak malas, boleh je call saya beli sejambak terus. :p

Sunday, November 20, 2011

Hujung Minggu yang sibuk!


Salam..Hujung minggu yang lepas memang sedikit sibuk..(sedikit??) haha..sibuk membuat apam polkadot dan job makeup. Esok saya akan upload gambar paper flower. Ada dua teknik..satu teknik ekspress (beli kertas yang dah disiap lipat di Daiso) dan teknik kedua teknik saya yang saya main taram je menggunakan crepe paper..agak leceh mulanya tapi hasilnya cantik. Tunggu ye!~