Wednesday, November 23, 2011

paper flower yang comel!~

Salam semua~ hari ini nak tunjukkan cara-cara buat paper flower guna crepe paper. Crepe paper boleh dibeli dimana-mana kedai kraf, kedai menjual bunga-bungaan, kedai buku dan juga Popular!~


Bahan-bahan diperlukan:
Crepe paper
Pensil
Gunting
Acuan berbentuk bulat (saya guna bekas deodorant en.husband..hehe)
Dawai bunga


1. Mula-mula, bentukkan bulatan di atas crepe paper. Guntingkan mengikut bentuk bulat. xperlu bulat sangat ye..


2. Cucukkan dawai bunga. Tidak perlu dawai terlalu halus. (dalam gambar ni saya pakai lebihan batang bunga yang telah digunakan. Sebabnya tak jumpa dawai bunga dalam kotak DIY saya..:P)



3. Kemudian leraikan helaian kertas crepe satu demi satu.


4. Tadaaaaa dah siap.. Buat lagi sehingga jadi sejambak bunga yang cantik!~






Okey..teknik kedua. Beli dekat kedai DIY. Sudah siap dilipat dan senang. Macam saya, saya beli di DAISO. RM5 sahaja.


Tapi disebabkan bunga dia besar, saya potong dua dan lipat semula seperti lipatan kipas. Langkah-langkah membuatnya ada dibelakang packaging dia.



Sekarang tengok perbezaan saiz antara bunga Daiso dan bunga saya.

Apapun~ selamat mencuba!~

p/s: kalau agak malas, boleh je call saya beli sejambak terus. :p

No comments:

Post a Comment