Tuesday, November 8, 2011

Fabric flower~

1st project: Fabric flower~
 Item used: Kain jersey, kain felt dan pin (optional untuk dilekat dibelakang bunga) gunting, jarum dan button (optional)
- gunting kain jersey dalam bentuk bulatan. Tak perlu bulat sangat ye..



Okey..jom mula!~
- satu bulatan kain jersey dilipat 4. Ambil 4 bulatan kain yang lain dan susun didalam satu barisan. (tips ni!!)




Kemudian~ Ambil jarum dan susup di hujung bucu lipatan bulatan. (lagi byk bulatan kain diguna lagi meriah! tapi saya pakai 5 bulatan sahaja)



Kemudian tarik benang yang disusup tadi sehingga hujung bucu bulatan yang berada ditepi bercantuman antara satu sama lain.



Then..tadaaaa dah jadi~~



Letak button kat tengah kalau mahu. Jahitkan pin di atas kain felt. Kemudian, gamkan bulatan kain felt di belakang bunga.
Senang je..Estimate time untuk buat 5 minit je sekuntum. kalo 5 org buat sama-sama..jadilah banyak dengan sangat cepat~
Selamat mencuba..(sori ye saya capture image menggunakan kamera hp sahaja)

Tips: cantumkan beberapa bunga kain jersey untuk dijadikan pomander. Jangan lupa letak riben sebagai pemegangnya~





InsyaAllah untuk next tutorial akan saya gunakan kamera pink saya tu..hehe..


P/S: Tag saya kalau anda dah cuba.. nak tengok jugak!!!~~ :)

No comments:

Post a Comment