Thursday, April 12, 2012

Tutorial Hantaran dengan Budget Rendah

Salam...waaaaaahhhhh lama betul  tak update DIY. hmmm..saya ketandusan idea nak kongsi tentang ape. Tapi no worries, if ade DIY lagi saya akan kongsikan. CUMAAAAA, kadang-kadang tak terfikir nak buat ape. Bila saya nak start buat sesuatu, if saya rasa sesuai untuk dikongsikan, apa salahnya..anda ada apa2 idea?

Haritu ada Bride to Be nak buat sendiri hantaran tapi tak reti dan katenye budget rendah. Time tu saya cadangkan guna polistren yang dibalut sebagai tapak hantaran. Harganya pun xmahal. Macam-macam bentuk ade. Serius! Hehe.. Kalau pakai bunga segar, up sikitla harganya.. Kalau setakat pakai bunga palsu yang beli kat  Nilai 3 yang 4 jambak RM10 kan da berbaloi-baloiii..Tapi sekarang susah sikit nak dapat 4 jambak RM10. Sekarang 3 jambak RM10. Kalau bunga foam yang kiut tu sejambak RM10. Okey, da..jom buat!

Bahan-bahan yang perlu ada:
Kotak Polistren suka hati bentuk macammana. Saya pilih bentuk kotak dengan kelebaran 1.5".
Glue gun.
Pembalut polistren.
Bunga.
Reben.



Step 1: Balut kotak polistren dengan kertas pembalut (jenis lembut seakan kain) kesukaan anda. Saya pilih hitam putih. Yang penting Polkadot! hehe..


Step 2:  Balutkan tepi kotak polistren tadi dengan reben mengikut tema anda. Tak perlu reben extravaganza sangat. Reben satin biasa tu pun dah lawa.


Step 3: Saya lapiskan lagi reben hitam itu dengan reben silver glitter. Bagi ada unsur-unsur glam sikit.


Step 4: Tambahkan lagi manik-manik. hehe.. sebab rasa kosong sangat. Next gambar adalah kotak-kotak polistren yang lain. Design pun lain-lain.


Dah siap~ boleh la letakkan barang-barang hantaran diatasnya. Pinkan atau gamkan mengikutkan kesesuaian. Saya buat kotak-kotak ni supaya senang dibawa. Lagi-lagi kalau pergi ke majlis kahwin yang jauh.



Dah habis ke??? Belum belum...saya bagi extra tutorial untuk gubahan telekung. Senang dan murah je. 

Bahan-bahan yang diperlukan. 
-Beg kertas shopping yang keras tu.
-Getah
-Kain telekung/kain
-Bekas bulat putih (bekas tau fu fah..hehe)
-Reben satin

Step 1: Gunting kertas keras dari kotak shopping tu dalam bentuk kelopak bunga / tear drop shape. Ambil hujung telekung sbb saya nak coraknye.

Step 2: Ambil gelung getah dan ikat hujung kain.

Step 3: Buat sehingga 5 kelopak sekurang-kurangnya. Untuk tengah-tengah bunga saya gumpalkan kertas dan sumbat dibawah kain. Kemudian, saya balut bebola kain+kertas tu dengan lebihan kertas pembalut polistren tadi. Gabungkan semua menjadi sekuntum bunga. Repeat step sampai ade 3-4 kuntum bunga.

Step 4: Letakkan lebihan kain telekung ke dalam bekas bulat tau fu fah tu. Sebelum tu, gamkan bekas pada kotak polistren tadi ye.

*

*

*

*
*
*
Tadaaaaaaa... da siap.. bekas taufufah tu saya lindung guna kainnya. Kain tu saya pin je untuk dilekatkan ke kotak polistren tadi. Telekung pulak sudah jadi pokok bunga. Untuk lebih cantik, hiaskan dengan reben dicelah-celah kelopak bunga tu.  

Contoh gubahan yang lain. Letak beg, cucuk je bunga-bunga kiri kanan bagi stabil beg tu. Mesti korang tak perasan, di tengah-tengah bahagian zip tu ade saya letakkan reben dan saya penitikan hujung ke hujung reben supaya beg tangan tu tak jatuh dari kotak polistren.


Yang ni konsep paling senang. Lipat dan letak. Hias sikit-sikit kiri kanan ye..:)

Itu sahaja kawan-kawan~ Semoga tutorial ni memudahkan anda yang under budget dan nak nampak hantaran tu tak murah sangat. Yang penting kena ada sikit unsur-unsur glitters ye. Selamat mencuba..Sebarang soalan, sila tinggalkan komen dibawah..

Ehem..kalau rajin, klik la sini untuk tengak hasil mekap saya~  makeupbyasyikin.blogspot.com
Sehingga bertemu lagi~ Daaaaaaa...
Wassalam.

7 comments:

  1. yeah! terima kasih asyikin! anda penyelamat saya!! yang juga bakal pengantin under budjet yang sebudjet yang mungkin :p

    ReplyDelete
  2. Salam... Kat mana nak beli pembalut polkadot warna hitam ni? Dh bnyak tmpat cari xjmpa... Bleh bg info x?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih dear. Mmg tgh cari idea low budget utk adik lelaki nyer hantaran. Sgt membantu.

    ReplyDelete
  4. ni awak pakai tapak tak ? ke letak kotak polistrine tu semata ?

    ReplyDelete
  5. Cari kedai seri impian , kt kuantan taman tas , jerantut , temerloh , lipis pahang semua bende tu ada

    ReplyDelete